Lain-lain Pangkat akademik di Malaysia

Nazir

Nazir adalah ahli akademik yang memeriksa institusi pendidikan dan pelaksanaan sistem pendidikan di sekolah. Selain menjadi pelapor kepada Menteri, seorang nazir juga memberikan bimbingan dan nasihat kepada semua pihak berkepentingan utama mengenai penambahbaikan pendidikan.[10]

SIPeducator+

SIPeducater+, Pendidik Penambah Baik Sekolah (school improvement educator),[11] ialah pentadbir guru besar yang ditugaskan sebagai wakil untuk melatih guru besar lain dalam penambahbaikan semua pendidikan di seluruh dunia.

Seorang SIPeducator+ memainkan peranan penting dalam:

  1. membina hubungan dengan semua guru dan membimbing pemimpin sekolah untuk;
  2. menyediakan latihan kemanusiaan dan pendidikan yang diperlukan bagi pemimpin sekolah, dengan terapan fakta pendidikan dan bertepatan dengan ajaran pemimpin umum, dan yang mematuhi dasar pendidikan sekolah dan yang telah diperiksa dan dipersetujui dengan teliti oleh Pejabat Pendidikan Daerah; dan
  3. mereka bentuk dan mengurus campur tangan organisasi pendidikan bukan agama untuk meningkatkan kualiti pengajaran dalam semua gred dan hanya di sekolah. Terdapat sekali-sekala aktiviti kurikulum tambahan untuk diatur tetapi hanya boleh dimulakan semasa waktu persekolahan

SIPartner+ pula dilantik berdasarkan syarat ini:

  1. Seorang guru hendaklah berada di tempat semua gred;
  2. Seseorang guru hendaklah memiliki rekod cemerlang dalam pengurusan sekolah;
  3. Seorang guru hendaklah mempunyai pengalaman di seluruh dunia dalam tugas pengurusan dan budaya; dan
  4. Seseorang guru hendaklah memiliki Kelayakan Profesional Kebangsaan untuk Pemimpin Pendidikan.

SISC+

SISC+ (School Improvement Specialist Coach, Pembimbing Pakar Penambahbaikan Sekolah)[12] ialah seorang guru yang ditugaskan sebagai mentor kepada guru mata pelajaran teras di sekolah.

SISC+ bertanggungjawab untuk:

  1. Membina hubungan dan membimbing guru mata pelajaran teras;
  2. Menyediakan latihan penting untuk guru mata pelajaran teras, dengan kerjasama Kementerian dan Pejabat Pendidikan Daerah; dan
  3. Mereka bentuk dan mengurus intervensi khas untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah.

SISC+ dilantik berdasarkan syarat ini:

  1. Seseorang guru hendaklah memiliki ijazah sarjana muda dalam pendidikan, atau ijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang dengan diploma pendidikan;
  2. Seorang guru hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar di sekolah;
  3. Seorang guru hendaklah berpengetahuan dalam mengajar subjek pilihan;
  4. Seorang guru hendaklah mempamerkan kemahiran pengajaran yang cemerlang; dan
  5. Seorang guru hendaklah bersedia untuk belajar dan mencuba kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baru dan inovatif.

Pegawai Cemerlang

Pegawai Cemerlangcode: my is deprecated ialah seorang guru yang menjalankan tugas pentadbiran di luar sekolah dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, ini hanya terpakai kepada mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam pendidikan. Mereka yang hanya mempunyai Diploma Pendidikan yang bekerja secara pentadbiran di luar sekolah dengan cemerlang dipanggil Pengelola Cemerlang atau Penyelia Cemerlang.

Ini setaraf dengan Pengetua Cemerlangcode: my is deprecated di sekolah menengah, dan Guru Besar Cemerlangcode: my is deprecated di sekolah rendah.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pangkat akademik di Malaysia http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/3Profes... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.moe.gov.my/v/definisi-guru-cemerlang http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=16 http://www.merdekaaward.my/Recipients/By-Year/2016... http://www.ukm.my/icgate/speakers/tan-sri-prof-dr-... http://www.ukm.my/socialcohesion/?p=788 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02... https://umexpert.um.edu.my/looilm.html https://umexpert.um.edu.my/rajah.html